Connect with us

PUBG Mobile

PUBG Mobile: Miss Far sertai skuad Fredo Bosskurr?

Published

on

Foto yang dimuat naik di Facebook PUBG Mobile ini menjadi tanda tanya dalam kalangan peminat Miss Farr dan Bosskurr Gaming. - Foto Facebook / PUBG Mobile

KUALA LUMPUR – Satu foto yang dimuat naik di Facebook PUBG Mobile semalam menimbulkan persoalan dalam kalangan peminat sama ada bekas kapten Junior Talent, NorFarah Shahira atau senang dikenali sebagai Miss Farr akan menyertai organisasi e-sukan terkemuka tanah air, Bosskurr Gaming (Bosskurr).

Dalam foto tersebut, Miss Farr dilihat bergambar bersama dengan pemain-pemain utama Bosskurr termasuk Ahmad Fuad Razali (Fredo), Mohd Faris Zakaria (Soloz) dan pengurus Shopee Bosskurr, Nureddy Nursal (Daddy).

Sejak dimuat naik pada petang semalam, foto tersebut telah meraih 2,000 kesukaan (likes), dengan 117 komen serta 27 perkongsiaan.

Miss Farr juga telah berkongsikan foto tersebut di Facebook peribadinya dengan kapsyen ringkas: “PMNC (Kejohanan PUBG Mobile Malaysia) 2019.”

Pada 1 Julai yang lalu, Miss Far secara rasmi mengumumkan dia telah meninggalkan pasukan Junior Talent.

Miss Farr bersama Junior Talent sebelum ini layak ke Liga Asia Tenggara PUBG Mobile Club Open (PMCO) yang berlangsung di Shanghai, China.

Sementara itu, Bosskurr baru-baru ini mengumumkan mereka sedang mencari penggiat e-sukan wanita untuk menyertai mereka.

Pada bulan lalu pula, Bosskurr menyatakan mereka telah menubuhkan bahagian e-sukan baharu, iaitu PUBG Mobile di bawah organisasi mereka yang bakal dipimpin Fredo dan Zulfikar Kene (Obot).

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved