Connect with us

PUBG Mobile

PMNC: Tiada tekanan ganti Miss Far – Azfar

Published

on

Azfar sebelum ini mendapat tempat ke-10 dalam Global Terminator, tempat keempat Global Season Ranking dan tempat kelima Global Total Rankings sebagai pemain solo.

KUALA LUMPUR – “Bagi saya, biasa sahaja. Tiada (rasa) apa-apa pun. Biasa sahaja.”

Itu kata-kata ringkas pemain kompetitif PUBG Mobile, Azfar Iqbal yang menyifatkan tiada tekanan di pihaknya yang menggantikan slot bekas kapten Junior Talent NorFarah Shahira (Miss Farr) dalam pasukan itu.

Jelasnya, dia sememangnya bersyukur dan tidak menjangka akan menjadi sebahagian daripada Junior Talent.

Menurut Azfar lagi, dia bertambah gembira apabila pasukannya itu layak ke Liga Asia Tenggara PMCO Fall Split 2019 pada September depan, di Bangkok Thailand.

“Saya tak sangka dipelewa untuk menyertai Junior Talent. 

“Saya juga gembira apabila Junior Talent layak ke PMCO walaupun kami mengalami sedikit kesukaran pada pusingan kelima dalam Kejohanan PUBG Mobile Malaysia (PMNC) semalam.

“Jadi kami melakukan perbincangan (ketika perlawanan itu) dengan satu kepercayaan kepada pasukan yang kami boleh kembali,” kata Azfar ketika ditemui media selepas tamat Kejohanan PMNC 2019 yang berlangsung di Quill City Mall, di sini, semalam.

Dalam kejohanan itu, Azfar bersama Junior Talent berjaya mengumpul 221 mata secara keseluruhan dengan 53 kill, sekali gus berjaya meraih tempat ketiga dan membawa hadiah wang tunai RM15,000.

Sebelum ini Junior Talent mengumumkan pemain Azfar telah menggantikan slot Miss Farr dalam pasukan itu.

Dalam satu kenyataan, Junior Talent berkata pemilihan Azfar itu adalah berikutan skil individu dan rekod pencapaiannya dalam e-sukan PUBG Mobile.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved