Connect with us

PUBG Mobile

PMNC: Nafas baharu AROV pimpinan Boyka

Published

on

Kapten AROV, Boyka (tengah) percaya kepada potensi dan semangat pemain-pemain baharu AROV. - Foto Facebook / Boyka Gaming

KUALA LUMPUR – Meski hampir 90 peratus barisan pemain pasukan PUBG Mobile AROV Esports (AROV) dalam Kejohanan PUBG Mobile Malaysia 2019 merupakan pemain yang baharu, ia tidak menghalang untuk mereka beraksi dengan baik dan seterusnya mendapatkan slot ke Liga PMCO Asia Tenggara Fall Split 2019.

Pasukan yang dipimpin Khairunnazri Masli (Boyka) itu berjaya mendapat tempat kedua dalam PMNC 2019 dan membawa pulang hadiah wang tunai RM25,000.

Menurut Boyka, dia bersyukur dan berterima kasih dengan pemain-pemain baharu tersebut kerana beraksi seperti yang diharapkannya.

BACA: Ranking penuh PMNC 2019

“Walaupun mereka masih muda dan tiada sebarang pengalaman pertandingan, tetapi corak permainan mereka sangat bagus, penuh dengan semangat dan mereka menjalankan tugas yang diarah dengan sangat baik serta teratur. 

“Yang paling muda dalam barisan tersebut adalah Lunar (Muhammad Amir Ashraff Ahmad Zamri), dia berumur 15 tahun.

“Mereka semuanya sudah lama bersama AROV dan berbakat, cuma tiada sesiapa yang memimpin dan melatih mereka sebelum ini,” katanya kepada What’s The Meta.

Boyka yang masih setahun jagung dalam e-sukan PUBG Mobile berkata dia dan AROV akan melakukan yang terbaik untuk mengharumkan nama Malaysia dalam Liga PMCO Asia Tenggara Fall Split di Bangkok nanti.

“Untuk PMCO di Bangkok nanti, saya dan AROV mengharapkan sokongan daripada semua. 

“Terima kasih kepada yang telah memberi sokongan dan kepercayaan kepada kami dan doakan kami berjaya mengharumkan nama malaysia di sana nanti,” tambah Boyka.

Selain Boyka dan Lunar, barisan AROV yang terkini terdiri daripada AmyPRO (Aiman Hafizi Ahmad), Fazu (Mohd Faizzudin Mahmuddin) dan Rx88 (Abdu Rahman Abdullah).

Pada PMNC 2019 yang menawarkan hadiah wang terkumpul RM114,000 secara keseluruhan, AROV berjaya meraih 245 mata dengan 58 kill dan 1 Chicken Dinner.

AROV sebelum ini juga merupakan antara pasukan Malaysia yang layak ke Liga PMCO Asia Tenggara Spring Split, Shanghai China.

Dalam liga yang berlangsung selama lima minggu itu, AROV berada kedudukan di kedudukan ke-17.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved