Connect with us

PUBG Mobile

PUBG Mobile: Team Secret buka tirai PMCO di tempat ke-9

Published

on

Team Secret yang terdiri daripada BiuBiu, Stew9k, AlexER dan SINBN merupakan satu-satunya pasukan Malaysia ke kejohanan tersebut mengutip 66 mata selepas enam pusingan peta berlangsung. - Foto YouTube / PUBG Mobile

PASUKAN PlayerUnknown’s Battlegrounds Mudah Alih (PUBG Mobile), Team Secret memulakan hari pertama Pusingan Awal PUBG Mobile Club Open (PMCO) Spring Split Global Finals dengan berada di tempat kesembilan.

Team Secret yang merupakan satu-satunya pasukan Malaysia ke kejohanan tersebut mengutip 66 mata selepas enam pusingan berlangsung hari ini.

PMCO yang berlangsung di Berlin, Jerman itu menyaksikan pasukan China, X-Quest mendominasi hari pertama pusingan penyingkiran awal itu dengan mengutip 181 mata selepas mendapat 3 Chicken Dinner (mata kemenangan).

Sementara itu pasukan negara jiran, Thailand Purple Mood mengumpul 148 mata, pasukan Hong Kong NVM dengan 100 mata, pasukan Jepun All Rejection Gaming 99 mata dan pasukan Amerika Syarikat  Omen Elite 97 mata.

Bagi mata perolehan Chicken Dinner, X-Quest meraih 3 kemenangan menerusi peta Sanhok, Miramar dan Erangel.

Pasukan NVM pula meraih 1 Chicken Dinner pada peta Erangle, pasukan Amerika Syarikat Pittsburgh Knights pada peta Vikendi dan Purple Mood pada Erangle.

Kedudukan terkini Pusingan Awal PMCO yang berlangsung di Berlin, Jerman.

Berbaki lagi enam pusingan, esok merupakan hari terakhir bagi 16 pasukan dari seluruh dunia itu untuk merebut lima slot terakhir peringkat final PMCO yang akan berlangsung pada 27 sehingga 28 Julai nanti.

Lima pasukan tersebut akan menyertai:

  • RRQ Anthena (Thailand)
  • Bigetron Esports (Indonesia)
  • Spacestation Gaming (Amerika Syarikat)
  • Unique Team (Eropah)
  • Elite Esports (China)
  • Team Soul (India)
  • BRK Gaming (Brazil)
  • GC Busan (Eropah)
  • SCARZ Black (Jepun)
  • Sixty Nine Team ( Iraq)
  • Nova Esports (Taiwan, Hong Kong)

Bagi anda yang mahu memberi sokongan atau menonton secara langsung kejohanan ini, boleh tonton di YouTube PUBG Mobile atau boleh hadir ke Battle Arena, Petaling Jaya untuk menyaksikan bersama-sama dengan penggiat e-sukan lain.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved