Connect with us

PUBG Mobile

PMCO: Team Secret turun satu anak tangga selepas peta ketujuh

Published

on

Team Secret yang terdiri daripada BiuBiu, Stew9k, AlexER dan SINBN merupakan satu-satunya pasukan Malaysia ke kejohanan tersebut mengutip 66 mata selepas enam pusingan peta berlangsung. - Foto YouTube / PUBG Mobile

PASUKAN PlayerUnknown’s Battlegrounds Mudah Alih (PUBG Mobile), Team Secret turun satu anak tangga dari kedudukan kesembilan ke kedudukan kesepuluh dalam Pusingan Awal PUBG Mobile Club Open (PMCO) Spring Split Global yang masuk hari kedua hari ini.

Dalam peta ketujuh yang berlangsung di Sanhok itu menyaksikan Team Secret berada di tempat kelima dan mendapat 17 mata dengan 3 mata bunuh.

Meski berada di kedudukan kelima dalam pusingan ketujuh itu, kedudukan Team Secret secara keseluruhan dipintas pasukan Indian Tigers selepas meraih 30 mata dalam peta Sanhok tadi.

Berbaki lagi lima pusingan, Team Secret yang ketika ini mengumpul 83 mata perlu berada sekurang-kurangnya berada di kedudukan lima teratas secara keseluruhan untuk mara ke final.

Menerusi peta Sanhok juga menyaksikan pasukan negara jiran Purple Mood meraih Chicken Dinner yang kedua selepas Erangle semalam.

Ia sekali gus meletakkan Purple Mood berada di kedudukan pertama untuk setakat ini.

Hari ini merupakan hari terakhir bagi 16 pasukan dari seluruh dunia itu untuk merebut lima slot terakhir peringkat final PMCO yang akan berlangsung pada 27 sehingga 28 Julai nanti.

Bagi anda yang mahu memberi sokongan atau menonton secara langsung kejohanan ini, boleh tonton di YouTube PUBG Mobile.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved