Connect with us

PUBG Mobile

Ranking penuh PMNC 2019

Published

on

VIP Squad, AROV, Junior Talent dan Team Secret bakal menyertai Yoodo.Gank untuk beraksi di Liga Asia Tenggara PMCO Fall Split 2019 yang dijangka berlangsung pada September nanti, di Bangkok Thailand selama lima minggu. - Foto What's The Meta / MARIAH AHMAD

KUALA LUMPUR – Grand Final Kejohanan PUBG Mobile Malaysia (PMNC) telah pun melabuhkan tirainya seketika tadi yang menyaksikan Victorious In Play (VIP) Squad muncul sebagai juara dan membawa pulang hadiah wang tunai RM40,000.

Kejohanan itu juga menyaksikan empat pasukan teratas pada PMNC tahun lalu berjaya mengekalkan posisi mereka untuk mendapatkan slot ke Liga Asia Tenggara PMCO Fall Split 2019.

VIP Squad, AROV, Junior Talent dan Team Secret bakal menyertai Yoodo.Gank untuk beraksi di liga tersebut yang dijangka berlangsung pada September nanti, di Bangkok Thailand selama lima minggu.

Kejohanan itu turut menyaksikan pemain VIP, Jumper, terpilih sebagai pemain terbaik, MVP.

Jumper dipilih sebagai pemain terbaik MVP PMNC 2019.

Keempat-empat pasukan itu juga berjaya meraih sekurang-kurangnya 1 Chicken Dinner dalam kejohanan PMNC.

Berikut adalah ranking penuh PMNC 2019, selepas 12 pusingan telah berlangsung selama 2 hari kejohanan:

  1. VIP – 299 mata, 96 kill (4 Chicken Dinner)
  2. AROV – 245 mata, 58 kill (1 Chicken Dinner)
  3. Junior Talent – 221 mata, 53 kill (1 Chicken Dinner)
  4. Team Secret – 220 mata, 57 kill (1 Chicken Dinner)
  5. Unbeatable Gaming – 211 mata, 39 kill (2 Chicken Dinner)
  6. Traitor Esports – 179 mata, 39 kill (1 Chicken Dinner)
  7. Extreme Squad – 161 mata, 36 kill
  8. Panda Northen – 158 mata, 36 kill
  9. Axis MPX – 158 mata, 51 kill (1 Chicken Dinner)
  10. VAT Esports – 126 mata, 34 kill
  11. RMC – 124 mata, 37 kill
  12. Tambadau Squad – 123 mata, 26 kill (1 Chicken Dinner)
  13. MiriMob – 100 mata, 22 kill
  14. AKA Esports – 94 mata, 22 kill
  15. Kingmans Gaming – 79 mata, 24 kill
  16. X77 | KGU Esports Johor – 74 mata, 18 kill

Bagi ViP, mereka meraih Chicken Dinner pada peta Sanhok sebanyak dua kali, Miramar 1 kali, dan Erangle 1 kali.

Pasukan yang memenangi Pusingan Kelayakan Selangor, Unbeatable Gaming mendapat dua Chicken Dinner pada peta Vikendi dan Miramar.

Junior Talent, AROV, dan Axis pula mendapat Chicken Dinner dalam pusingan peta Erangle.

Team Secret juga mendapat satu Chicken Dinner, menerusi peta Vikendi.

Bagi Tambadau Sabah pula, mereka meraih Chicken Dinner pada peta Miramar.

Grand Final PMNC 2019 yang berlangsung di Quill City Mall itu, menyaksikan 16 pasukan terbaik PUBG Mobile beraksi untuk merangkul kejuaraan kejohanan itu.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved