Connect with us

PUBG Mobile

PMNC : VIP, AROV, Team Secret, Jr Talent layak ke PMCO 2019

Published

on

Kejohanan itu menyaksikan VIP muncul sebagai juara dan membawa pulang hadiah wang tunai RM40,000. - Foto What's The Meta / Mariah Ahmad

KUALA LUMPUR – Pasukan-pasukan PlayerUnknown’s Battlegrounds Mudah Alih (PUBG Mobile) Victorious In Play (VIP) Squad, AROV, Junior Talent dan Team Secret layak ke PMCO Asia Tenggara Fall Split 2019 selepas berjaya menduduki empat pasukan teratas dalam Kejohanan PUBG Mobile Malaysia.

Mereka bakal menyertai Yoodo.Gank ke kejohanan Asia Tenggara itu yang dijangka akan berlangsung pada September nanti.

Kejohanan itu menyaksikan VIP muncul sebagai juara dan membawa pulang hadiah wang tunai RM40,000 daripada jumlah wang terkumpul yang ditawarkan, iaitu RM114,000.

Bagi kedudukan tempat kedua pula diisi oleh AROV yang terdiri daripada 3 pemain baharu. Mereka membawa pulang hadiah wang tunai RM25,000.

Junior Talent yang mempertaruhkan Azfar sebagai pengganti Miss Far pula berjaya berada di tempat ketiga dan wang tunai sebanyak RM15,000 menjadi habuan mereka.

Bagi Team Secret pula, mereka selamat berada di kedudukan keempat dan membawa hadiah wang tunai RM8,000.

Sementara itu pemain VIP, Jumper, terpilih sebagai pemain terbaik.

Grand Final PMNC 2019 yang berlangsung di Quill City Mall itu, menyaksikan 16 pasukan terbaik PUBG Mobile beraksi untuk merangkul kejuaraan kejohanan itu.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved