PUBG Mobile
PMNC: VIP Squad raih Chicken Dinner keempat

KUALA LUMPUR – Pasukan PlayerUnknown’s Battlegrounds Mudah Alih (PUBG Mobile) Victorious In Play (VIP) Squad terus beraksi dengan cemerlang dalam Grand Final Kejohanan PUBG Mobile Malaysia (PMNC) 2019 selepas meraih Chicken Dinner keempat dalam pusingan peta Erangel TPP seketika tadi.
VIP yang berjaya mengekalkan keempat-empat pemain sehingga bulatan yang terakhir, memperoleh 40 mata kemenangan dengan 10 kill (mata bunuh).

Sebelum ini VIP memperoleh Chicken Dinner pada peta Sanhok dalam pusingan pertama dan ketujuh, peta Miramar dalam pusingan ketiga dan peta Erangel dalam pusingan kesebelas ini.
Sementara itu, Team Secret memperoleh 28 mata, Unbeatable Gaming 25 mata dan Junior Talent 22 mata dalam pusingan itu.
Grand Final PMNC 2019 yang berlangsung di Quill City Mall, menawarkan hadiah wang terkumpul sebanyak RM114,000.
Pasukan yang berada di 4 tangga teratas dalam kejohanan ini turut bakal terpilih untuk bertanding dalam PMCO Asia Tenggara Fall Split 2019.
Mereka bakal menyertai Yoodo.Gank yang sebelum ini telah layak ke kejohanan peringkat Asia Tenggara tersebut memandangkan pasukan itu berada di kedudukan pertama di Malaysia dalam Liga PMCO Asia Tenggara Summer Split 2019.