Connect with us

PUBG Mobile

PMNC: Akhirnya, Team Secret raih Chicken Dinner pertama

Published

on

Kapten Team Secret BiuBiue menghargai setiap peminat yang hadir ke PMNC 2019 untuk memberi sokongan. - Foto What's The Meta / MARIAH AHMAD

KUALA LUMPUR – “Pasukan lain sangat berkeyakinan dan bagus. Mereka memberi saingan kuat.”

Itu kata kapten Pasukan PlayerUnknown’s Battlegrounds Mudah Alih (PUBG Mobile) Team Secret, BiuBiu, selepas pasukannya meraih Chicken Dinner (mata kemenangan) pertama dalam Kejohanan PUBG Mobile Malaysia (PMNC) 2019 pada peta Vikendi seketika tadi.

BiuBiu berkata mereka memerlukan beberapa tempoh untuk melakukan penyesuaian dengan suasana kejohanan PMNC ketika ini.

“Kami berharap boleh mengekalkan prestasi selepas (kemenangan pusingan) ini.

“Terima kasih kepada peminat-peminat kerana sudi hadir datang ke PMNC,”kata-kata BiuBiu ketika ditemu bual pengacarakejohanan PMNC 2019, Faraz Shababi, selepas meraih Chicken Dinner itu.

Pada pusingan Vikendi itu menyaksikan kerjasama antara pemain Team Secret memang sangat baik apabila keempat-empat mereka, BiuBiu, Stew9k, AlexER dan SINBN kekal hidup sehingga tamat perlawanan.

Sementara itu, pasukan dari Kelayakan Sarawak, MiriMob meraih tempat kedua dengan 8 kill dan 24 mata.

Manakala pasukan dari Kelayakan dari Pulau Pinang Pnada Northen meraih tempat keempat dengan 2 kill dan 24 mata.

Selepas meraih Chicken Dinner itu, Team Secret naik kedudukan keempat ranking PMNC setakat ini dengan 40 kill dan 152 mata.

VIP pula masih kekal berada di kedudukan paling atas dengan 72 kill dan 192 mata.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved