Connect with us

PUBG Mobile

PMNC: VIP buka tirai hari kedua dengan penuh gaya, raih Chicken Dinner ketiga

Published

on

Kerjasama Jumper (kiri) dan Hyqul dilihat sangat memberangsangkan pada bulatan terakhir peta Sanhok, pusingan ketujuh Grand Final PMNC 2019. - Foto What's The Meta / MARIAH AHMAD

KUALA LUMPUR – Pasukan PlayerUnknown’s Battlegrounds Mudah Alih (PUBG Mobile) Victorious In Play (VIP) membuka tirai hari kedua Grand Final Kejohanan PUBG Mobile Malaysia (PMNC) dengan memperoleh Chicken Dinner (mata kemenangan) yang ketiga.

Dalam pusingan ketujuh peta Sanhok, VIP memperoleh 14 kill (mata bunuh) dan memperoleh 44 mata kemenangan secara keseluruhan.

Sementara itu AROV mendapat 9 kill dengan 28 mata kemenangan. 

Pada bulatan terakhir peta tersebut, pertembungan antara tiga pasukan tersebut berlangsung dengan cepat. 

Meski pemain-pemain Junior Talent seperti Azfar dan Trixnity berjaya melenyapkan hampir kesemua pemain AROV pada bulatan terakhir itu, mereka kemudiannya mati di tangan VIP yang dilihat seperti lebih tangkas membuat keputusan.

Ketika itu pemain VIP hanya tinggal Jumper dan Hyqul berada dalam keadaan yang lemah. 

Nasib tidak menyebelahi Junior Talent untuk meraih Chicken Dinner apabila, Erynn terus berlari dan terus menjadi mangsa tembakan Hyqul yang sempat menggunakan kit pertolongan cemas sebelum itu.

Hyqul sempat menggunakan kit pertolongan cemas, sebelum Erynn datang secara tiba-tiba

Memang tepat selepas 3 saat Hyqul menggunakan kit pertolongan cemas itu , Erynn tiba-tiba muncul dan terus mati ditangan Hyqul.

Pemain Jr Talent Erynn tidak menyedari kehadian pemain VIP Hyqul yang baharu sahaja menggunakan kit pertolongan cemas untuk menaikan HP.

Menerusi Chicken Dinner yang ketiga itu, VIP kekal berada di kedudukan pertama secara keseluruhan setakat ini dalam kejohanan PMNC dengan 61 kill dan 175 mata.

Sementara itu, Junior Talent berada di kedudukan kedua dengan 152 mata dan AROV 145 mata.

Tempat keempat yang sebelum ini diisi Team Secret, kini dirampas buat sementara waktu oleh pasukan Unbeatable Gaming yang hadir ke kejohanan itu selepas melepasi Kelayakan Peringkat Selangor. 

Grand Final PMNC 2019 yang berlangsung di Quill City Mall itu menawarkan hadiah wang terkumpul RM114,000.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved