Connect with us

PUBG Mobile

PMNC: VIP ungguli hari pertama dengan 131 mata, 2 Chicken dinner

Published

on

VIP memperoleh 2 Chicken Dinner pada hari ini, mengumpul 131 mata dan 47 kill (mata bunuh) secara keseluruhan dalam enam pusingan yang diadakan. - Foto What's The Meta / MARIAH AHMAD

KUALA LUMPUR – Pasukan PlayerUnknown’s Battlegrounds Mudah Alih (PUBG Mobile) Victorious In Play (VIP) mengungguli kedudukan teratas pada hari pertama Grand Final Kejohanan PUBG Malaysia (PMNC) 2019.

VIP yang memperoleh 2 Chicken Dinner (mata kemenangan) pada hari ini, mengumpul 131 mata dan 47 kill (mata bunuh) secara keseluruhan.

Sementara itu, pasukan Junior Talent berada di kedudukan kedua dengan 123 mata, 1 Chicken Dinner dan 24 kill.

Berikut adalah senarai penuh kedudukan hari pertama PMNC 2019:

Berdasarkan kedudukan tersebut menyaksikan pasukan jemputan terus seperti VIP, Junior Talent, AROV dan Team Secret masih mendominasi kedudukan empat teratas.

Bagaimana pun, jarak mata antara Team Secret dengan pasukan yang lain tidak begitu jauh apabila Traitor Esports memperoleh 99 mata, manakala Extreme Squade dan VAT Esports masing-masing mempunyai 94 mata.

Sementara itu, pasukan yang mewakili Kelayakan Pulau Pinang, Panda Northen mengumpul 91 mata.

Grand Final PMNC 2019 yang berlangsung di Quill City Mall, menawarkan hadiah wang terkumpul sebanyak RM114,000.

Pasukan yang berada di 4 tangga teratas dalam kejohanan ini turut bakal terpilih untuk bertanding dalam PMCO Asia Tenggara Fall Split 2019.

Mereka bakal menyertai Yoodo.Gank yang sebelum ini telah layak ke kejohanan peringkat Asia Tenggara tersebut memandangkan pasukan itu berada di kedudukan pertama di Malaysia dalam Liga PMCO Asia Tenggara Summer Split 2019.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved