Connect with us

PUBG Mobile

PUBG Mobile: Jr Talent pilih Azfar ganti Miss Farr

Published

on

Azfar sebelum ini mendapat tempat ke-10 dalam Global Terminator, tempat keempat Global Season Ranking dan tempat kelima Global Total Rankings sebagai pemain solo.

KUALA LUMPUR –  Pasukan PlayerUnknown’s Battlegrounds Mudah Alih (PUBG Mobile) tanah air Junior Talent mengumumkan pemain kompetitif Azfar Iqbal telah menggantikan satu slot kosong dalam pasukan itu yang sebelum ini diisi oleh bekas kapten, NorFarah Shahira (Miss Farr).

Dalam satu kenyataan, Junior Talent berkata pemilihan Azfar itu adalah berikutan skil individu dan rekod pencapaiannya dalam e-sukan PUBG Mobile.

“Azfar mempunyai minat mendalam dengan PUBG Mobile dan bermain dengan penuh dedikasi. Azfar sebelum ini mendapat tempat ke-10 dalam Global Terminator, tempat keempat Global Season Ranking dan tempat kelima Global Total Rankings sebagai pemain solo.

“Selain itu, Azfar juga telah menyertai pelbagai kejohanan dan pernah menjuarai Karnival Orange Online Tournament Popcorn Time dan menduduki tempat keenam dalam Pusingan Kelayakan PUBG Mobile Club Open (PMCO) Malaysia,” kata Junior Talent.

BACA: “Selamat tinggal Junior Talent,” – Miss Farr

Jelas pasukan itu lagi, Azfar turut akan menyertai PUBG Mobile Malaysia National Championships (PMNC) yang akan berlangsung pada hujung minggu ini.

Sementara itu, bagi Azfar sendiri, dia teruja dengan penyertaannya di Junior Talent.

“Saya pandang kehadapan untuk bekerjasama dengan ahli yang lain dan membawa lebih banyak kemenangan. Saya juga mahu terus mengasah skil saya untuk terus menjadi salah satu pemain terbaik di Malaysia.

“Ini antara salah satu perjalanan yang terbaik pada tahun ini,” katanya.

Berikut adalah senarai pemain Junior Talent yang terkini: 

  • Jr. Trixnity
  • Jr. Ngah
  •  Jr. Erynn
  •  Jr. Bard
  •  Jr. Azfar 

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved