Connect with us

PUBG Mobile

Terima kasih kerana memeriahkan livestream PMPL – Fredo

Published

on

Fredo bersama rakan sepasukan Jumper ketika beraksi di peringkat liga PMPL MY/SG.

KUALA LUMPUR – Pemain profesional PUBG Mobile Yoodo Gank, Ahmad Fuad Razali (Fredo) menghargai penonton dan komuniti e-sukan itu yang sudi meluangkan masa dalam memeriahkan penstriman langsung Grand Final Liga Profesional PUBG Mobile Malaysia dan Singapura (PMPL MY/SG) semalam.

“Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada yang memberi sokongan dan kecaman. 

“Anda adalah individu-individu yang memeriahkan livestream PMPL. Terima kasih semua,” kata Fredo dalam satu kenyataaan semalam.

BACA: Team Secret MY, Yoodo Gank, Bigetron AROV layak ke SEA Final

Semalam Fredo dan Yoodo Gank meraih tempat kedua dalam Grand Final PMPL MYSG dengan kutipan 3 Chicken Dinner dan 91 mata bunuh.

Yoodo Gank membawa pulang kira-kira RM43,000 dengan kemenangan itu dan mendapat slot ke Final Liga Asia Tenggara yang dijangka akan berlangsung pada awal bulan hadapan.

Selain Fredo, Yoodo Gank terdiri daripada Aiman Mohd (Kapten), Abdul Azim Ikromi Abdul Rashid (Draxx) dan Muhamad Izzrudin Hashim (Jumper).

Pasukan popular itu turut dikenali sebagai Team 2020 dalam kalangan peminat.

Sementara itu, PMPL MY/SG telah melabuhkan tirainya selepas kira-kira 4 minggu berlangsung, dengan menyaksikan Team Secret MY dinobatkan sebagai juara.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved