PUBG Mobile
Team Secret MY, Yoodo Gank, Bigetron AROV layak ke SEA Final
KUALA LUMPUR – Tiga pasukan e-sukan tanah air, Team Secret MY, Yoodo Gank dan Bigetron AROV berjaya melayakkan diri ke Final Liga Profesional PUBG Mobile Asia Tenggara (SEA Final).
Ketiga-tiga pasukan tanah air itu mendapat slot ke Asia Tenggara selepas mendominasi ranking Grand Final Liga Profesional PUBG Mobile Malaysia dan Singapura (PMPL MY/SG) 2020.
Pada Grand Final, Team Secret MY yn mengutip 296 mata. Manakala Yoodo Gank dan Bigetron AROV memperoleh 238 mata dan 210 mata.
Team Secret MY, Yoodo Gank dan Bigetron AROV akan menyertai pasukan-pasukan berikut di kejohanan rantau Asia Tenggara :
- Bigetron RA – (Indonesia)
- Morph Team – (Indonesia)
- ONIC Esports – (Indonesia)
- RRQ Athena (Thailand)
- ILLUMINATE The Murder (Thailand)
- Golden Cat – (Thailand)
- King of Gamers Club – (Thailand)
- Orange Esports (Kembodia)
- Yangon Galacticos (Myanmar)
SEA Final dijangka akan berlangsung pada bulan hadapan.
Secara keseluruhan 16 pasukan terbaik PMPL Asia Tenggara akan bertanding dalam kejohanan yang menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM651,000 itu.
2 slot ke Liga Dunia akan disediakan bagi pasukan yang mendominasi kejohanan peringkat itu.