Connect with us

PUBG Mobile

Team Secret MY juara Grand Final PMPL MY/SG

Published

on

Foto fail

KUALA LUMPUR – Pasukan profesional Team Secret MY dinobatkan sebagai juara Grand Final Liga Profesional PUBG Mobile Malaysia dan Singapura (PMPL MY/SG) 2020.

Team Secret MY muncul sebagai juara selepas mengumpul 296 mata, pada peringkat Grand Final itu.

Team Secret MY juga berjaya mengutip 134 mata bunuh dan 4 Chicken Dinner pada peringkat itu.

Menerusi kemenangan itu, Team Secret MY membawa pulang kira-kira RM65,000 (AS$15,000) dan mendapat slot mutlak ke Liga Dunia.

Selain itu, Team Secret MY juga dipilih untuk mewakili Malaysia ke Final Liga PUBG Mobile Asia Tenggara yang dijangka berlangsung bulan hadapan. 

Pemain Team Secret Raymond Tan Boon Sheng (iSh0tz) turut dipilih sebagai pemain Terbaik bagi peringkat Grand Final dengan 43 mata bunuh.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved