Connect with us

PUBG Mobile

Grand Final PMPL: Kami ada kelebihan, tapi tidak boleh selesa – BiuBiu

Published

on

KUALA LUMPUR – Meski mempunyai kelebihan 45 mata di hadapan penyandang kedua, namun ia tidak bermaksud Team Secret boleh berada dalam keadaan selesa di Grand Final Liga Profesional PUBG Mobile (PMPL MY/SG), kata kaptennya Jiunn Jie Kow (BiuBiu).

BiuBiu berkata meski Grand Final PMPL MY/SG masih berbaki lagi dua pusingan, pasukannya masih perlu berusaha lebih keras.

“Memang susah untuk dikatakan sekarang. Jika kami too soon (kalah awal) pada dua pusingan yang berikutnya, kesudahan Grand Final ini mungkin berbeza.

“Dari segi pengumpulan mata, kami mempunyai kelebihan. Kami perlu memastikan kami bermain dengan baik dalam dua pusingan seterusnya,” kata BiuBiu.

BiuBiu berkata demikian dalam satu temu bual bersama hos PMPL MY/SG Andriyana Mohamed Ghazali (ChuChu) selepas meraih Chicken Dinner keempat Grand Final tadi.

Menerusi kemenangan itu, Team Secret kini berada 45 mata di hadapan Yoodo Gank.

LIHAT RANKING TERKINI GRAND FINAL PMPL MY/SG

Juara Grand Final akan membawa pulang kira-kira RM65,000 dan mendapat 1 slot mutlak sebagai wakil Malaysia ke liga dunia.

Tiga pasukan teratas Grand Final PMPL MY/SG pula berpeluang untuk beraksi dalam Final Asia Tenggara yang dijangka berlangsung bulan hadapan.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved