Connect with us

PUBG Mobile

Tencent umum PMWL Season Zero, hadiah terkumpul RM3.6 juta

Published

on

Foto: PUBG Mobile Esports

Pembangun e-sukan termuka PUBG Mobile, Tencent hari ini mengumumkan satu kejohanan dunia secara online iaitu Liga Dunia PUBG Mobile Musim 0 yang akan diadakan pada 10 Julai sehingga 9 Ogos nanti.

Pengarah PUBG Mobile Esports Global, Tencent Games, James Jinho Yang berkata kejohanan itu bakal menawarkan hadiah wang terkumpul terbesar anjuran PUBG Mobile Esports iaitu kira-kira RM3.6 juta (AS$300,000).

Jelas James pihaknya perlu menukar format kejohanan dari offline kepada online berikutan impak pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia.

“Setakat ini kebanyakan PMPL di beberapa negara yang sedang berlangsung atau telah tamat, berjalan dengan lancar kerana sokongan anda. Namun kami berdepan cabaran dengan lebih besar iaitu PMWL.

“Bagi menjaga keselamatan pemain-pemain kami, ia bukan satu pilihan untuk mengadakan PMPL secara offline. Namun mengadakan di atas talian kami rasakan ia mustahil.

“Walau bagaimanapun, kami tidak berputus asa dan menjalankan beberapa ujian dan kajian jarak penuh. (Hasilnya) kami menemui bukan jalan yang terbaik tapi adil untuk mengadakan PMWLsecara Online,” katanya dalam satu pengumuman hari ini.

Jelas James, bagi menjalankan PMWL Musim 0 itu, pihaknya memerlukan penukaran struktur dan bilangan slot.

Baru-baru ini Tencent mengumumkan penambahan dua slot bagi pasukan-pasukan yang bertanding di PMPL Asia Selatan.

James dalam pengumuman yang sama turut mendedahkan tambahan sebanyak dua slot turut diberikan kepada PMPL Asia Tenggara.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved