Connect with us

PUBG Mobile

Tencent tambah 2 slot SEA, RRQ Athena, Morph Team sah sertai PMWL Timur

Published

on

PELUANG jaguh PUBG Mobile Thailand, RRQ Athena untuk beraksi di peringkat global dihidup semula selepas mereka disahkan akan beraksi di Liga Dunia PUBG Mobile (PMWL) Musim 0.

Perkara itu didedahkan Pengarah PUBG Mobile Esports Global, Tencent Games, James Jinho Yang dalam satu pengumuman hari ini.

Menurut James, PMWL yang akan diadakan secara online itu perlu menjalani beberapa penukaran struktur dan bilangan slot.

Dalam satu paparan pengumuman itu, James mendedahkan pasukan-pasukan yang akan terlibat bagi PMWL Timur.

Antara yang terlibat termasuklah dua pasukan Malaysia, Team Secret MY dan Yoodo Gank.

Paparan itu turut menunjukkan penyertaan dari pasukan yang meraih tempat keempat dan keenam Final PMPL Asia Tenggara iaitu RRQ Anthena dan pasukan Indonesia Morph Team.

Kemasukan dua pasukan itu adalah berikutan penambahan dua slot untuk PMPL Asia Tenggara.

PMWL yang diadakan pada 10 Julai sehingga 9 Ogos nanti bakal menawarkan hadiah wang terkumpul terbesar anjuran PUBG Mobile Esports iaitu kira-kira RM3.6 juta (AS$300,000).

Ia dijalankan secara online berikutan penularan wabak Covid-19 yang melanda seluruh dunia ketika ini.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved