Connect with us

PUBG Mobile

PMPL SA: ScoutOP Fnatic duduk di bangku simpanan kerana rakan sepasukan tidak selesa

Published

on

LAGI drama yang melibatkan pemain profesional PUBG Mobile Fnatic, Tanmay Singh (ScoutOP) selepas dia diletakkan sebagai pemain simpanan dalam pusingan kedua Liga Profesional Asia Selatan (PMPL SA) semalam.

Jelas ScoutOP, tindakan itu adalah kerana barisan pemain Fnatic ketika ini tidak selesa bermain dengannya.

“Saya diminta untuk tidak bermain kerana pemain-pemain Fnatic ketika ini tidak selesa bermain dengan saya,” kata ScoutOP dalam satu Instagram Story berbalas.

Dalam satu kenyataan lain, ScoutOP juga berkata berang kemarahannya ketika bermain permainan video menjadi musuh terbesarnya.

Dia berazam untuk memperbaiki kekuatan mentalnya pada masa akan datang.

ScoutOP juga berharap Fnatic dapat menghabiskan siri Final PMPL SA dengan sekurang-kuranganya di tempat keempat untuk layak ke Liga Dunia PUBG Mobile (Blok Timur).

Dia juga berharap peminat akan terus menyokong Fnatic, tidak kisah siapa barisan utama pasukan itu asalkan beraksi dengan baik.

Fnatic ketika ini berada di ranking keenam secara keseluruhan selepas hari pertama Final PMPL SA berlangsung, dengan kutipan 51 mata dan 21 mata bunuh.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved