Connect with us

PUBG Mobile

Tencent tambah 2 slot dari PMPL SA ke Liga Dunia

Published

on

Foto: PUBG Mobile Esports

DUA slot tambahan ke Liga Dunia PUBG Mobile (PMWL) bagi blok Timur akan diberikan kepada pasukan-pasukan dari Liga Profesional Asia Selatan (PMPL SA), kata pihak PUBG Mobile Esports.

Dalam satu pengumuman rasmi, PUBG Mobile Esports berkata satu slot akan diberikan kepada pasukan yang menduduki tempat keempat dalam peringkat liga PMPL SA dan satu slot lagi akan diberikan untuk tempat ketiga dalam peringkat Grand Final PMPL SA.

Menerusi perubahan itu, ia secara langsung memberi peluang kepada pasukan SynerGE yang berada di tempat keempat liga untuk layak ke babak liga dunia.

SynerGE, atau dikenali sebagai Synergy Gaming pernah menempah slot ke Kejohanan PUBG Mobile Musim Luruh 2019 di Kuala Lumpur, Malaysia pada tahun lalu.

SynerGE berjaya mendapat tempat ke-10 dalam kejohanan tersebut.

Pihak PUBG Mobile Esports juga mengesahkan pemberian dua slot tambahan kepada rantau Asia Selatan itu tidak akan memberikan sebarang impak kepada rantau lain seperti pengambilalihan slot atau apa-apa yang berkaitan.

Berdasarkan tambahan slot itu, sebanyak tujuh pasukan dari rantau Asia Selatan termasuk dari negara India, Bangladesh dan Nepal dapat beraksi dalam PMWL bagi Blok Timur nanti.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved