Connect with us

PUBG Mobile

Angkasawan negara, Dr Sheikh Muszphar puji outfit PUBG Mobile rekaan Analogi

Published

on

Foto: Twitter / @analogiart

KUALA LUMPUR – Angkasawan pertama negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha memuji rekaan pakaian PUBG Mobile oleh pereka grafik tempatan Ahmad Hafiz Zakaria (Analogi) yang didedikasikan untuknya.

Dalam satu mesej ringkas kepada WTM Today, Dr Sheikh Muszaphar berkata rekaan dari Analogi itu menarik dan hebat.

Baru-baru ini Analogi menyertai satu pertandingan rekaan pakaian PUBG Mobile yang dibuka kepada tiga negara terpilih iaitu Indonesia, Thailand dan Malaysia.

Menurut Analogi yang merupakan graduan diploma rekabentuk grafik dari UiTM Seri Iskandar, dia memilih untuk mereka pakaian seorang angkasawan sebagai satu dedikasi berbentuk seni kepada Dr Sheikh Muszaphar.

“Ketika mereka pakaian ini, saya tercari-cari apa yang Malaysia ada tapi kedua-dua negara itu tiada. Tiba-tiba saya teringat kita ada seorang angkasawan yang pernah berlepas ke ISS.

“Bagi saya kejayaannya itu merupakan kebanggaan untuk rakyat Malaysia, yang semakin dilupakan.

“Jadi menerusi idea itu, seni grafik ini saya dedikasikan kepada angkasawan pertama kita, iaitu Dr Sheikh Muszaphar,” kata Analogi kepada WTM Today.

Dr Sheikh Muszaphar merupakan angkasawan pertama negara yang berlepas ke ISS menaiki Soyuz TMA-11 pada 10 Oktober 2007.

Beliau kembali ke bumi selepas sembilan hari berada di stesen berkenaan.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved