PUBG Mobile
Team SMG perkenal brand, logo baru untuk tahun 2022

KUALA LUMPUR – Organisasi e-sukan Asia Tenggara, Team SMG, mendedahkan konsep penjenamaan baru untuk tahun 2022 dengan memperkenalkan logo yang dikenali sebagai Team SMG Core Heart.
Pengurus Besar Team SMG, Orrin Xu berkata konsep itu berkait rapat dengan prinsip organisasi e-sukan itu mengenai apa yang ingin dilakukan untuk komuniti nanti.
“Warna Oren masih dikekalkan bagi melambangkan persahabatan dan kegembiraan.
“Huruf S-M-G dilampirkan dalam bentuk hati sebagai simbol ‘Hati seorang Sang Juara’.
“Pemain, bakat dan peminat kami berada di sini untuk bekerjsama membina satu komuniti yang inklusif dan holistik tanpa sebarang diskriminasi,” kata Orrin dalam satu kenyataan hari ini.
Selain logo baru, Team SMG juga memperkenalkan laman web baharu iaitu TeamSMG.gg dan melancarkan video penjenamaan baru itu di YouTube.
Team SMG yang ditubuhkan dua tahun lalu kini mempunyai lima skuad e-sukan di bawah naungannya termasuk Mobile Legends, PUBG Mobile, Valorant, PEL China dan Dota 2.