PUBG Mobile
Jumper sah free agent – PUBG Mobile Esports

KUALA LUMPUR – Pemain profesional PUBG Mobile tempatan, Izzrudin Hashim (Jumper) sah bergelar sebagai ejen bebas.
Perkara itu diumumkan secara rasmi oleh pihak penganjur Liga Profesional PUBG Mobile Malaysia, Singapura, Filipina Musim Kelima (PMPL MYSGPH S5) 2022 seketika tadi.
Sementara itu, Jumper yang memegang peranan sebagai IGL dalam pasukan Team Secret sebelum ini berharap agar peminat dapat terus memberi sokongan kepadanya selepas ini.
“Kepada peminat-peminat, saya berharap anda boleh terus menyokong saya, dalam mana-mana pasukan lain yang yang akan sertai nanti,” kata Jumper.
Dia berkata demikian dalam satu video yang dimuatnaik pasukannya, Team Secret ‘Terima Kasih Jumper’ pada petang tadi.
Video berdurasi selama 2 minit 23 saat itu menampilkan Jumper berkongsikan pengalamannya sepanjang berkhidmat bersama pasukan itu sejak 2021.
Meski tidak memberi penjelasan jelas mengenai status Jumper, Team Secret ada memberi kenyataan: “Sudah tiba masanya anda (Jumper) berdiri di kaki sendiri dan mencapai sasaran seterusnya dalam penjalanan hidup anda.”
Pada 15 Januari lalu, Team Secret mengumumkan hanya dua pemain sahaja setakat ini yang meneruskan kontrak bersama pasukan itu, iaitu iShotz dan Madtoi.