eRacing
SUKMA: Wilayah Persekutuan dominasi acara eRacing
KONTINJEN SUKMA Wilayah Perseketuan mendominasi acara eRacing bagi tahun ini.
Dalam tiga kategori yang dipertandingkan dalam SUKMA Sarawak 2024 iaitu Time Attack, Single Race dan Team of Two (Endurance), Wilayah Persekutuan telah membawa pulang dua pingat emas.
Menerusi acara eRacing yang pertama kali diadakan dalam Temasya Sukan Malaysia dwitahunan itu, skuad Wilayah Persekutuan diwakili Iman Danish, Sharique, Mika Hakimi dan Kingston Tan.

Foto: Kontinjen Wilayah Persekutuan
Mika Hakimi mencatat sejarah tersendiri apabila memenangi kategori Time attack dan Single Race.
Setakat artikel ini ditulis, Wilayah Persekutuan kini berada di ranking kedua SUKMA 2024, dengan 160 kutipan pingat setakat ini.
