eRacing
Mika Hakimi menang emas pertama acara esukan SUKMA Sarawak
PEMAIN e-Racing tempatan, Mika Hakimi, mencatat sejarah tersendiri apabila menjadi atlet pertama yang memenangi emas bagi Acara e-sukan untuk Temasya Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak 2024.
Mika Hakimi yang mewakili Wilayah Persekutuan, memenangi menjuarai acara esukan e-Racing bagi kategori Time Attack.
Kemenangan itu sekali gus menyumbangkan pingat emas pertama Wilayah Persekutuan bagi kejohanan sukan negara dwitahunan itu.
Mika Hakimi akan bertanding bagi kategori Single Race selepas ini.
Foto: Kontinjen Wilayah Persekutuan.
#OohaaSUKMA #SUKMA2024 #PANTANGMENGALAH #M6LAYSIA
