Connect with us

Mobile Legends

#SukanSEA2019: Skuad Mobile Legends negara bersedia 50% – Soloz

Published

on

Soloz dan atlet-atlet e-sukan negara baru-baru ini telah menyertai Program Pemanas Badan Jawatankuasa Penganjuran Permainan Video Asia Tenggara Filipina (PHISGOC). - Foto Facebook / ESM

KUALA LUMPUR – Skuad Mobile Legends : Bang Bang (Mobile Legends) tanah air kini sedang melakukan persiapan rapi sebelum ke Temasya Sukan SEA 2019 yang akan berlangsung di Manila, Filipina pada bulan hadapan.

Kapten skuad Mobile Legends Malaysia, Faris Zakaria (Soloz) berkata persiapan pasukannya itu kini berada dalam kira-kira 50-60 peratus.

“Agak mencabar bagi situasi kali ini sebab ketika kami berada di Filipina untuk menjalani latihan bersama negara-negara lain, boleh lihat strategi mereka sangat berbeza dengan pelayan (server) yang kami selalu berlatih.

“Persiapan masih belum lagi lengkap, bagi saya dalam 50-60 peratus macam tu.

“Kalau persiapan untuk berjumpa dengan pasukan Indonesia itu memang kita sudah biasa tapi pasukan dari negara lain itu belum lagi bersedia kerana kami belum lagi pernah berdepan dengan mereka sebelum ini,” kata Soloz kepada What’s The Meta.

Soloz dan atlet-atlet e-sukan negara baru-baru ini telah menyertai Program Pemanas Badan Jawatankuasa Penganjuran Permainan Video Asia Tenggara Filipina (PHISGOC).

Dalam perlawanan persahabatan itu, Malaysia mendapat kedudukan nombor 4.

Soloz berkata lebih banyak latihan perlu dilakukan untuk mengadaptasi keadaan dan situasi luar jangkaan dalam perlawanan.

Bagi acara Mobile Legends, Malaysia diwakili pasukan Shopee Bosskurr dan Boss Pusher.

Selain atlet Mobile Legends, program itu disertai atlet Dota 2 dan Tekken 7.

Acara e-sukan dalam temasya Sukan SEA 2019 akan bermula pada 5 sehingga 10 Disember nanti dengan 6 kategori dipertandingkan, iaitu Mobile Legends, Dota 2, Arena of Valor, Tekken 7, Heartstone dan StarCraft II.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved