Connect with us

Mobile Legends

Jadual penuh perlawanan #M1World

Published

on

Perlawanan peringkat kumpulan M1 yang akan bermula esok sehingga 14 November menyaksikan persaingan antara Singapura (EVOS Esports) dengan Indonesia (RRQ) sebagai pembuka tirai pada jam 10 pagi. - Foto laman web M1

KUALA LUMPUR – Jadual penuh perlawanan peringkat kumpulan Kejohanan Dunia Mobile Legends: Bang Bang (M1) kini boleh dilihat secara langsung untuk tatapan orang ramai.

Perlawanan peringkat kumpulan M1 yang akan bermula esok sehingga 14 November menyaksikan persaingan antara Singapura (EVOS Esports) dengan Indonesia (RRQ) sebagai pembuka tirai pada jam 10 pagi.

Sementara itu bagi pasukan Malaysia, Axis Esports akan berlawan pada 12 November menentang pasukan Myanmar, Burmese Ghouls pada jam 10 pagi dalam format Terbaik dalam 3 (Best of 3).

Pada 12 November juga, Axis Esports akan berlawan dengan pasukan Amerika Syarikat (Team Gosu) pada jam 11.30 pagi dan mereka akan menentang pasukan Laos (Candy Comeback) pada jam 5.30 petang.

Satu lagi pasukan Malaysia, iaitu Todak akan bertarung pada 13 November, menentang pasukan Filipina (Sunsparks) pada jam 10 pagi.

Perlawanan Todak yang seterusnya akan berlangsung pada jam 11.30 pagi menentang pasukan Turki (Evil Esports) dan mereka akan bertemu dengan pasukan Brazil (Geo Esports) pada jam 5.30 petang.

Anda boleh lihat jadual penuh di: http://m1.mobilelegends.com/MLBB/Schedule

Acara utama M1 akan berlangsung pada 15 sehingga 17 November di Axiata Arena.

Bagi anda yang belum mendapatkan tiket, anda boleh membeli tiket Silver dan Bronze sebelum terlewat.

Gunakan kod promo M1WTM untuk nikmati diskaun sebanyak 25% bagi setiap pembelian.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved