Connect with us

Mobile Legends

K-Clique bakal buat kemunculan dalam #M1World

Published

on

Kumpulan hip hop tanah air yang sedang meningkat naik, K-Clique bakal membuat persembahan di Kejohanan Dunia Mobile Legends: Bang Bang (M1) nanti. - Foto YouTube / K-Clique

KUALA LUMPUR – Kumpulan hip hop tanah air yang sedang meningkat naik, K-Clique bakal membuat kemunculan dalam Kejohanan Dunia Mobile Legends: Bang Bang (M1) pada hujung minggu nanti.

K-Clique yang terkenal dengan lagu “Mimpi”, “Sah tu Satu”, dan “Lane Lain Line” akan mengadakan persembahan di pentas utama M1 di Axiata Arena pada jam 12 tengah hari pada 16 November.

Bagi anda yang tidak mahu melepaskan peluang untuk melihat K-Clique beraksi boleh dapatkan tiket Silver dan Bronze dan gunakan kod promo M1WTM untuk nikmati diskaun sebanyak 25% bagi setiap pembelian.

Tiket M1 akan hadir bersama-sama skin dan peluang untuk memenangi 18,000 cabutan bertuah yang bernilai lebih RM600,000.

Dapatkan tiket anda di sini: http://bit.ly/M1-Tickets

16 pasukan terbaik MLBB dari seluruh dunia akan bertanding merebut kejuaraan kejohanan dunia ini yang menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM1juta (AS$250,000).

Perlawanan peringkat kumpulan M1 yang akan bermula esok sehingga 14 November menyaksikan persaingan antara Singapura (EVOS Esports) dengan Indonesia (RRQ) sebagai pembuka tirai pada jam 10 pagi.

Sementara itu bagi pasukan Malaysia, Axis Esports akan berlawan pada 12 November menentang pasukan Myanmar, Burmese Ghouls pada jam 10 pagi dalam format Terbaik dalam 3 (Best of 3).

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved