Connect with us

Mobile Legends

Soloz masih bersama Bosskurr, fokus kepada hiburan – Daddyhood

Published

on

Menurut Daddyhood, Soloz akan memberi tumpuan lebih kepada dunia hiburan berbanding arena kompetitif e-sukan. - Foto fail

PEMAIN kompetitif dan penghibur penstriman langsung terkenal tanah air, Mohd Faris Zakaria (Soloz) akan sentiasa bersama organisasi yang ditubuh bersama enam rakannya, Bosskurr Gaming (Bosskurr).

Pengurus pasukan Shopee Bosskurr Nureddy Nursal (Daddyhood) berkata Soloz akan memberi tumpuan lebih kepada dunia hiburan berbanding arena kompetitif e-sukan seperti sebelum ini.

“Soloz akan memberi fokus kepada hiburan dan akan terlibat secara sementara dalam skuad Bangsawan Bosskurr.

“Soloz juga masih akan menjadi stand in (pemain simpanan) untuk mana-mana skuad kompetitif Bosskurr,” kata Daddyhood.

Jelas Daddyhood, Soloz kini tidak lagi bersama Shopee Bosskurr dan akan berpindah ke skuad Bangsawan Bosskurr yang merupakan satu skuad yang telah dijenamakan semula dari skuad Lima Bosskurr.

Daddyhood berkata, mulai November 2019, beberapa barangan eksklusif Bosskurr akan diperkenalkan menerusi skuad itu.

Sementara itu, Daddyhood turut menolak dakwaan orang ramai yang menyatakan Soloz akan menyertai pasukan yang pernah memenangi Liga Profesional Mobile Legends (MPL) Malaysia dan Singapura Musim Ketiga, Geek Fam.

“Soloz tidak akan pergi ke Geek Fam. Keluarga Bosskurr diasaskan oleh 7 rakan baik, iaitu Rush, Fredo, Penjahat, Gripex, Soloz, Logan dan saya.

“7 orang ini tidak akan ke mana-mana. Tidak logik jika kami menubuhkan syarikat ini, kemudian masuk ke syarikat yang lain.

“Pemain Bosskurr mungkin akan dipinjamkan ke skuad lain, tapi kami tetap akan bersama Bosskurr,” katanya.

Soloz sebelum ini bertindak sebagai kapten Shopee Bosskurr, salah satu pasukan yang layak ke MPL musim keempat.

Soloz juga sebelum ini turut memenangi pelbagai anugerah termasuk  Anugerah Pencipta Kandungan Paling Banyak Jumlah Tontonan di Facebook.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved