Connect with us

Mobile Legends

Shopee Bosskurr reshuffle, Logan sebagai Kapten

Published

on

Foto: Facebook / MPL Mobile Legends MYSG

PASUKAN profesional Mobile Legends tanah air, Shopee Bosskurr kini melakukan satu penukaran barisan pemain secara besar-besaran buat pertama kali sejak ia ditubuhkan pada awal tahun ini.

Pengurus pasukan Shopee Bosskurr Nureddy Nursal (Daddyhood) berkata penukaran barisan pemain itu dilihat sebagai satu pengorbanan perlu dilakukan.

“Ada yang tanya kenapa tidak kekalkan barisan Shopee Bosskurr sebagai tanda persabahatan tapi kita kena ingat yang kejayaan bukan datang dengan segara dan pengorbanan mesti dilakukan.

“Apabila tidak lagi tidak serasi, kita perlu lakukan sesuatu. Kalau dibiarkan nanti tidak elok.

“Biarlah pemain dengan haluan masing-masing, tapi masih dalam satu keluarga bersama,” kata Daddyhood.

Menurut Daddy, menerusi rombakan itu juga menyaksikan Soloz tidak lagi bersama skuad utama kompetitif Bosskurr itu.

Jelasnya, skuad itu akan diketuai oleh Logan dan akan disertai oleh Zaraki, Lei Xia, dan Kaizer.

“Dua lagi pemain lain, kami akan umumkan nanti. Soloz akan menjadi sebagai stand-in, dan akan fokus kepada hiburan dan penstriman langsung.

“Penjahat pula tidak mahu kepada kompetitif, dia mahu santai dan berehat. Dia masih akan sertai kejohanan, cuma jangan diletak harapan tinggi.

“Ciwing Rush pula akan masih sertai kompetitif, tapi tidak dimuktamadkan lagi di skuad yang mana,” tambah Daddyhood.

Jelas Daddyhood, dia mengharapkan dengan rombakan ini peminat masih terus memberikan sokongan kepada setiap pemain Bosskurr.

“Tidak kira ke mana arah pemain Bosskurr yang pilih, teruskan beri sokongan. Mereka masih Bosskurr, masih keluarga,” kata Daddyhood.

Daddyhood juga berkata pada tahun depan tiada lagi penambahan skuad dalam Bosskurr memandangkan fokusnya pada tahun ini menstrukturkan semula asas organisasi itu.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved