Connect with us

Mobile Legends

Streaming amal Daddyhood Shopee Bosskurr raih RM12,000 dalam masa 2 jam

Published

on

Ini bukan kali pertama Daddyhood melakukan penstriman langsung amal. Sebelum ini Daddyhood pernah melakukan penstriman amal untuk membantu Ainul Mardhiah mengalami ketumbuhan di bahagian mulut. - Foto Facebook / Daddyhood

KUALA LUMPUR – Kira-kira RM12,000 berjaya dikutip dalam masa hanya dua jam, menerusi satu penstriman langsung amal pengurus pasukan Shopee Bosskurr Nureddy Nursal (Daddyhood) pada hari ini.

Penstriman langsung amal yang mencatatkan kira-kira 113, 000 jumlah tontonan itu diadakan khas untuk mengumpul dana dan derma bagi meringankan beban adik Muhammad Khalish Arfa Muhamad Khairul yang dilaporkan mengalami hydrocephalus (lebihan cecair dalam otak).

“Alhamdulillah. Terima kasih semua yang menderma untuk adik Khalish.

“Penstriman langsung tadi berjaya meraih dana RM12,000 untuk adik Khalish sudah disalurkan kepada ayahnya.

“Semoga adik Khalish cepat sembuh,” kata Daddyhood dalam penstriman itu.

Adik Muhammad Khalish yang menghidapi hydrocephalusperlu menjalani pembedahan pertama untuk gelembung di bahagian atas kepalanya.

Bagi proses rawatan yang seterusnya, Adik Muhammad Khalish yang baru berusia 30 hari perlu mendapatkan bantuan rawatan dari pakar yang dianggarkan mencecah RM20,000.

Bagi anda yang mahu memberikan sumbangan, boleh salurkan kepada bapa adik Khalish menerusi:

  • Akaun Maybank: 551632000824 (Mohamad Khairul Khalid)
[ MLBB ]

Charity Stream untuk adik Muhammad Khalish Arfa Bin Muhamad Khairul yang telah di diagnosis hydrocephalus (lebihan cecair dalam otak).Star, subscribe berbayar dan segala sumbangan akan disalurkan terus dihujung stream ini secara live kepada ibu bapa adik KhalishStand a chance to win an Oppo A9 + RM 300 game credits weekly on #RepublicGG Battleground Arcade with all the skills you have. Sign up now! – http://bit.ly/2orxg9I -Sponsor•• bit.ly/IphoneWanted ( Code : DaddyHood )Instagram•• bit.ly/daddyhoodinstagram•• bit.ly/medancallingkidsYoutube•• bit.ly/DaddyHoodYoutube

Posted by Daddy Hood on Thursday, 31 October 2019
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved