Connect with us

Mobile Legends

Bantuan amal adik Khalish: “Semoga Allah mampu balas jasa baik Bosskurr dan penyokong Bosskurr” – Bapa

Published

on

Adik Muhammad Khalish ketika ini mengalami hydrocephalus (lebihan cecair dalam otak). - Foto Facebook / Khairul Khalid

KUALA LUMPUR – Bapa kepada adik Muhammad Khalish Arfa, Muhamad Khairul Khalid melahirkan rasa kesyukuran dan mengucapkan jutaan terima kasih kepada organisasi e-sukan Bosskurr Gaming (Bosskurr) dan penyokong kerana membantu meringankan beban keluarganya.

Muhamad Khairul berkata hanya Tuhan sahaja dapat mampu membalas jasa-jasa baik yang telah diberikan.

“Jutaan syukur dan terima kasih kepada semua yang berniat untuk membantu meringankan beban kami sekeluarga.

“Moga Allah membalas jasa baik kalian semua di hari Jumaat yang penuh barakah ini.

“Mohon semua dapat teruskan berdoa untuk Khalish Arfa agar segera sembuh dan mendapat rawatan yang lebih baik selepas ini,”katanya dalam satu ruangan komen di penstriman langsung pengurus pasukan Shopee Bosskurr Nureddy Nursal (Daddyhood).

Pada pagi tadi, kira-kira RM12,000 berjaya dikutip dalam masa hanya dua jam, menerusi satu penstriman Daddyhood hari ini.

Penstriman langsung amal yang mencatatkan 119,000 jumlah tontonan (setakat artikel ditulis) itu dilakukan untuk mengumpul dana dan derma bagi meringankan beban adik Muhammad Khalish ketika ini mengalami hydrocephalus (lebihan cecair dalam otak).

Adik Muhammad Khalish yang menghidapi hydrocephalu perlu menjalani pembedahan pertama untuk gelembung di bahagian atas kepalanya.

Bagi proses rawatan yang seterusnya, Adik Muhammad Khalish yang baru berusia 30 hari perlu mendapatkan bantuan dari pakar yang memerlurkan kos rawatan sebanyak kira-kira RM15,000-RM20,000.

Bagi anda yang mahu memberikan sumbangan, boleh salurkan kepada bapa adik Khalish menerusi:

  • Akaun Maybank: 551632000824 (Mohamad Khairul Khalid)

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved