Connect with us

Mobile Legends

Red Phoenix juara Mobile Legends Simposium E-Nation MaGIC 2019

Published

on

Kejohanan yang berlangsung di MaGIC, Cyberjaya itu menyaksikan Red Phoenix membawa pulang hadiah wang RM1,000.

KEMENANGAN demi kemenangan. 

Pasukan kompetitif Red Phoenix terus mengutip gelaran kejuaraan selepas memenangi satu lagi pertandingan e-sukan tanah air, iaitu Kejohanan Mobile Legends : Bang Bang (Mobile Legends) Simposium E-Nation Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia (MaGIC) 2019.

Kejohanan yang berlangsung di MaGIC, Cyberjaya itu menyaksikan Red Phoenix membawa pulang hadiah wang RM1,000.

BACA: Red Phoenix juara MLBB Bulan Sukan Negara Peringkat Selangor

Kejohanan Mobile Legends tersebut adalah sebahagian daripada acara Festival E-Nation Magic yang turut menampilkan pameran kerjaya dan sesi forum.

Sementara itu, dalam kejohanan itu Red Phoenix turut menampilkan dua pemain baharu iaitu Sumo dan Squpox.

Selain Sumo dan Squpox, Red Phoenix terdiri daripada pemain-pemain yang tidak asing dalam arena Mobile Legends seperti Error dan Sto (Dragon), Brook, Ash dan Naofumi.

Red Phoenix merupakan sebahagian daripada naungan Red Esports yang dimiliki oleh usahawan wanita muda, Anne Raihan.

Red Phoenix merupakan pasukan yang dilihat sedang meningkat naik ketika ini berikutan mutu persembahan yang konsisten dan barisan pemainnya yang luar biasa.

Sebelum ini Red Phoenix pernah mencatatkan rekod kemenangan kejohanan dalam negara secara berturut-turut iaitu Juara Gen Y Centre Cup Esports Tour Zon Kota Kinabalu 2019, Juara Fit Malaysia MLBB Joes Esports dan Juara Malaysia IT Expo 2019.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved