Connect with us

Mobile Legends

Ciwing Rush timang anak pertama

Published

on

Ciwing turut memuat naik sebuah foto yang memaparkan dirinya sedang mendukung bayi pertamanya. - Foto Facebook / Ciwing Rush

PEMAIN profesional e-sukan Mobile Legends bagi pasukan Shopee Bosskurr Herwin Baharuddin (Ciwing Rush) selamat menyambut kelahiran anak pertama di sebuah hospital pada Selasa lalu.

“Syukur Alhamdulillah. Hari ini diriku sah menjadi seorang bapa,” kata Ciwing yang berkongsikan detik indah itu di media sosial peribadinya.

Ciwing turut memuat naik sebuah foto yang memaparkan dirinya sedang mendukung bayi pertamanya.

Foto tersebut dihujani dengan ucapan tahniah dari kalangan rakan-rakan dalam industri e-sukan dan juga peminat e-sukan tanah air.

Ciwing dan isteri Ummu Barokah berkahwin pada 23 Disember 2018.

Ciwing merupakan sebahagian daripada pasukan e-sukan popular tanah air, Shopee Bosskurr.

Antara pencapaian Ciwing termasuk mewakili Malaysia bagi Piala Asia Tenggara Mobile Legends (MSC) dua tahun berturut-turut.

Ciwing juga layak ke Sukan SEA 2019 yang akan dipertandingkan pada Disember nanti.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved