Connect with us

Mobile Legends

Streaming amal Daddy untuk adik Ainul kumpul 20,000 stars Facebook

Published

on

Shopee Bosskurr Nureddy Nursal (Daddy) kini ditugaskan untuk mengurus pasukan Mobile Legends tanah air, Shopee Bosskurr. - Foto Instagram / @nrddynrsl

KUALA LUMPUR – Penstriman langsung (live streaming) amal pengurus pasukan Shopee Bosskurr Nureddy Nursal (Daddy) untuk membantu meringankan beban adik Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin berjaya meraih 20,000 bintang di Facebook.

Daddy juga berkata penstriman langsung yang bermula pada jam 12 tengah hari semalam itu berjaya menjual 11 helai t-shirt eksklusif pemain tersebut.

“Semua sumbangan dan pembelian akan disalurkan terus kepada adik Ainul pada hari Selasa depan.

“Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada semua penderma, penonton dan mereka yang berkongsikan penstriman langsung ini. Anda memang terbaik.

“Dalam kita gembira menang secara berterusan (winstreak) dan menonton saya menggunakan hero Fanny, dapat juga kita sedekahkan untuk insan yang memerlukan. Terima kasih sekali lagi!” kata Daddy.

Dalam penstriman langsung selama kira-kira tiga jam itu berjaya meraih lebih 47,000 tontonan, 1,182 perkongsian  dan 2,400 komen.

Berikutan usaha Daddy melakukan penstriman amal itu, ramai memuji tindakan pemain itu dan dilihat boleh menjadi satu contoh kepada yang lain.


Sebelum ini, portal berita tempatan Mstar melaporkan adik Ainul yang kini berusia lapan bulan mengalami ketumbuhan di bahagian mulut.

Ainul dilaporkan menghidap kanser Germ Cell Tumor pernah dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) ketika berusia 10 hari untuk membuang ketumbuhan dalam mulutnya.

Namun, ia muncul kembali baru-bari ini sehingga membesar dan merebak ke bahagian mulut serta leher bayi itu.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved