Connect with us

PUBG Mobile

Soloz, Daddyhood akan ulas Grand Final PMPL MYSG Musim Kedua

Published

on

KUALA LUMPUR – Penghibur-penghibur penstriman langsung terkenal tanah air dari organisasi Team Bosskurr, Mohd Faris Zakaria (Soloz) dan Nureddy Nursal (Daddyhood) akan menyertai pengulas Azrul Anwar (J Hunter) untuk memeriahkan hari pertama Grand Final Liga Profesional PUBG Mobile Malaysia dan Singapura (PMPL MYSG) Musim Kedua.

Dalam satu kenyataan pada malam semalam, penganjur mengumumkan Soloz dan Daddyhood akan mengulas pada pusingan keempat dan kelima hari pertama Grand Final liga itu.

Pusingan keempat dan kelima hari pertama Grand Final liga tersebut akan berlangsung di peta Sanhok dan Erangel. Ia akan bermula pada jam kira-kira 7 petang.

Grand Final PMPL MYSG Musim Kedua akan membuka tirai pada jam 3 petang nanti dengan acara pertunjukan yang akan berlangsung di Erangel.

Kejohanan itu disertai 16 pasukan terbaik di negara ini dan menawarkan hadiah wang tunai kira-kira RM625,000 (AS$125,000). Ia akan berlangsung mulai hari ini sehingga Ahad nanti.

Berikut adalah jadual penuh perlawanan Grand Final PMPL MYSG Musim Kedua:

Foto: PUBG Mobile

Grand Final PMPL MYSG Musim Kedua bakal menentukan siapa yang bakal mewakili Malaysia ke peringkat Asia Tenggara.

Dua pasukan terbaik dalam kejohanan itu akan mara ke Grand Final PMPL Asia Tenggara (SEA Final) 2020.

Setakat ini dua pasukan Malaysia telah disahkan akan ke SEA Final 2020 iaitu Yoodo Gank selaku juara musim pertama dan Team Secret MY yang memenangi peringkat liga PMPL MYSG pada minggu lalu.

Tonton Grand Final PMPL MYSG Musim Kedua di Facebook PUBG Mobile pada jam 3 petang nanti dan anda berpeluang untuk memenangi kereta Perodua Myvi.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved