Connect with us

PUBG Mobile

Rasmi, PUBG Mobile akhirnya dedah butiran kolaborasi dengan BLACKPINK

Published

on

Foto: PUBG Mobile

PADA minggu lalu, heboh dalam kalangan komuniti PUBG Mobile apabila e-sukan popular itu bakal mengadakan kolaborasi dengan kumpulan Kpop terkenal BLACKPINK.

Menerusi kolaborasi itu ia dijangka akan menarik lebih peminat BLACKPINK (Blinks) dan PUBG Mobile untuk meraikan album terbaharu BLACKPINK yang akan datang, iaitu “The Album”.

Dalam satu kenyataan media hari ini juga, PUBG Mobile mendedahkan beberapa bentuk kerjasama akan dilakukan bersama BLACKPINK termasuk:

  • Barangan dalam permainan yang mempunyai tema istimewa BLACKPINK
  • Muzik BLACKPINK di ruang lobi
  • Acara istimewa BLACKPINK dalam permainan

Bermula 24 September sehingga 2 Oktober, pemain PUBG Mobile akan disajikan lagu popular BLACKPINK, ‘How You Like That’ di ruang lobi.

Pemain juga akan didendangkan lagu baharu dari album terbaharu BLACKPINK, ‘The Album’ pada 2 Oktober nanti.

Sementara itu pemain juga akan menyaksikan grafik lakaran kapal terbang dengan logo BLACKPINK, kontena kelengkapan senjata (airdrop) bertemakan warna dan ikon ‘The Album’ dan beberapa visual istimewa dalam permainan.

Ahli-ahli BLACKPINK, Jennie, Lisa, Jisoo dan Rosé juga telah mendaftarkan akaun PUBG Mobile dan peminat boleh menghantarkan hadiah eksklusif dan pesanan peribadi kepada mereka.

Berikut adalah nombor akaun ID PUBG Mobile ahli-ahli BLACKPINK:

  • Jennie – 51009797582
  • Jisoo – 51009780171
  • Lisa – 51009791380
  • Rose – 51009801702

Bagi peminat yang menghantar hadiah paling banyak sehingga 8 Oktober akan menerima ganjaran istimewa dari BLACKPINK.

Peminat juga berpeluang untuk memenangi uniform PUBG Mobile termasuk Adorable Panda Suit dan Killer Cadet Set serta album terbaharu BLACKPINK yang disertakan autograf dengan menyertai misi dan acara istimewa dalam permainan BLACKPINK yang akan bermula 24 September sehingga 8 Oktober.

BLACKPINK mula dikenali ramai selepas melakukan debut ‘SQUARE ONE’ pada 2016. Kumpulan Kpop itu terus meraih populariti di peringkat global selepas melancarkan beberapa mini album termasuk ‘Kill This Love’.

Selepas melancarkan lagu ‘How You Like That’ pada Jun lalu, kumpulan itu baharu sahaja melancakarkan kolaborasi penyanyi terkenal Selena Gomez menerusi lagu ‘Ice Cream’ untuk mempromisikan album baharu yang akan dilancarkan pada 2 Oktober nanti.

Secara keseluruhan, ahli-ahli BLACKPINK itu mempunyai lebih 130.5 juta pengikut di Instagram ketika ini.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved