Connect with us

PUBG Mobile

PMGC: Bigetron RA dapat slot ke PUBG Mobile Global Championship

Published

on

Foto fail: WTM Today

JUARA Liga Dunia PUBG Mobile (PMWL) Timur, Bigetron Red Aliens dari Indonesia sah menerima jemputan terus ke Kejohanan Global PUBG Mobile (PMGC) 2020 yang dijangka akan berlangsung November nanti.

Jemputan itu diberikan kepada Bigetron Red Aliens selaku penyandang tempat pertama dalam PMWL Timur yang berlangsung pada 9 Ogos lalu.

Perkara tersebut diumumkan menerusi satu poster PUBG Mobile Esports Thailand yang dimuat naik di Facebook.

Foto: PUBG Mobile Esports Thailand

Dalam poster tersebut, PUBG Mobile Esports Thailand turut mengumumkan bahawa empat pasukan terbaik Asia Tenggara akan menerima slot ke PMGC 2020 nanti selain Bigetron RA.

Bigetron RA baru-baru ini baru sahaja memenangi peringkat liga kejohanan Liga Profesional PUBG Mobile Indonesia.

BACA: PMPL Indonesia: Bigetron RA juara, sertai Team Secret, Yoodo Gank SEA Final

Bigetron RA berjaya mengutip 831 mata secara keseluruhan, 61 mata di hadapan ION Esports yang menduduki tempat kedua dalam kejohanan tersebut.

Pasukan yang dibarisi, Made Bagas Pramudita (Zuxxy), Made Bagus Prabaswara (Luxxy), Muhammad Albi (Ryzen), Nizar Lugatio (Microboy) pernah ketinggalan lebih 40 mata dengan ION Esports, namun berjaya melakukan kebangkitan yang menakjubkan selepas mengutip tiga Chicken Dinner pada minggu terakir liga sekaligus melonjak ke kedudukan teratas.

Kejohanan PMGC merupakan kejohanan terbesar PUBG Mobile setakat ini yang melibatkan pasukan profesional dari seluruh rantau termasuk Amerika Utara, China dan Asia Tenggara.

Foto: Youtube/PUBG Mobile Esports

Jemputan terus Bigetron RA ke kejohanan PMGC ini sememangnya bakal menyaksikan pertembungan hebat antara juara dunia Timur itu dengan pasukan-pasukan hebat dari rantau China yang terkenal dengan corak permainan agresif mereka.

Kejohanan tersebut juga bakal menawarkan hadiah wang tunai sebanyak kira-kira RM8 juta (AS$2 juta).

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved