Connect with us

Mobile Legends

Soloz buka akaun Twitter, terima 32,100 followers dalam masa 15 jam

Published

on

Foto fail : WTM / Mariah Ahmad

AKHIRNYA. Penghibur penstriman langsung Team Bosskurr Mohd Faris Zakaria (Soloz) membuka akaun media sosial Twitter pada semalam.

Soloz yang menggunakan nama @Solozlicious mendapat lebih 32,100 pengikut dalam masa 15 jam selepas memuat naik ciapannya (tweet) yang pertama di Twitter.

Dalam satu ciapan ringkas, Soloz bertanyakan kepada peminatnya:”Selalu di Twitter buat apa ya?”

Setakat artikel ini ditulis, ciapan Soloz itu mendapat lebih 11,300 ciapan semula (Retweet) dan lebih 31,400 kesukaan (likes).

Sementara itu, Soloz turut mengesahkan kepada WTM Today bahawa akaun itu memang miliknya.

BACA: Maharaja Soloz cipta sejarah tersendiri, catat Malaysia Book of Records

Soloz merupakan antara satu nama besar dalam dunia penstriman langsung e-sukan di Malaysia.

Beliau juga merupakan rakan rasmi penstriman langsung permainan video bagi platform Facebook ketika ini.

Pada awal bulan ini, beliau mendapat pengiktarafan dari Malaysia Book of Records sebagai pemegang rekod yang mempunyai Pengikut Facebook (E-Sukan) Paling Banyak.

Setakat ini, Soloz mempunyai lebih 1.3 juta pengikut di Facebook.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved