Connect with us

Mobile Legends

515 eParty: Dana Covid-19 sebanyak RM51,500 berjaya dikumpul dalam showmatch amal Malaysia vs Singapura

Published

on

Foto: Mobile Legends

KUALA LUMPUR – Dana sebanyak RM51,500 berjaya dikumpulkan dalam satu perlawanan pertunjukan amal Mobile Legends 515 eParty Malaysia vs Singapura pada Sabtu lalu.

Menurut Moonton, sumbangan dana tersebut akan disalurkan kepada kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia bagi memberi sokongan kepada petugas barisan hadapan untuk memerangi penularan wabak COVID-19.

“Bagi pihak Moonton, kami mengucapkan terima kasih kepada komuniti e-sukan Mobile Legends yang memainkan peranan besar dalam menyumbang dana COVID-19 dengan menonton pertunjukan amal Mobile Legends 515 eParty.

“Selain acara 515 eParty, kami juga menyediakan ganjaran dalam permainan sebagai tanda penghargaan kepada komuniti, ” kata Pengurus Pemasaran Moonton, Snow Leng.

Pertunjukan amal Mobile Legends 515 eParty Malaysia vs Singapura pada Sabtu lalu menyaksikan beberapa penghibur penstriman langsung terkenal mengambil bahagian termasuk Soloz, Master Ramen, Sync, Ly4ly4ly4 dan ramai lagi.

https://www.facebook.com/MobileLegendsGameMalaysia/videos/2933128473422670/?cft[0]=AZX372nVpl8wgWX61Q3w8JwCXFoSLh99qPYYqtewzOyEP7xfOdT2udYySxULzP3MmeAjTAYdzixjAOQx6TtSfapLKsaZN3xPF4g4cKvuj0Jb1GT54TjtpbJSLwyTRdb7MxwlnuQ3B2v4QNWo2WgTuZTW3UeNcz8GnR6d2lGh41HDguutV8L2K7B-qMLg-upbl-w&tn=%2CP-R

Acara 515 merupakan sambutan tahunan peringkat global dari Mobile Legends. Bertemakan “515 eParty”, acara itu dijalankan secara atas talian pada tahun ini.

Selain personaliti-personaliti Mobile Legends yang menyertai acara 515 eParty, beberapa pempengaruh Malaysia dan Singapura turut mengambil bahagian dalam menyokong acara tersebut seperti Cody Hong, Lizz Chloe, Danny Ah Boy, Elizabeth Tan, Jian Hao Tan, NOC dan Dee Kosh. 

Pelbagai misi dalam permainan dan aktiviti diadakan termasuk hadiah eksklusif hero Luo Yi, cabaran gambar 515, pertandingan muzik dan cabaran 515 Finger Dance.

Mobile Legends merupakan permainan mudah alih Multiplayer Online Battle Arena (MOBA) paling popular di dunia (bagi kawasan luar China) dengan 75 juta pengguna aktif setiap bulan.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved