Connect with us

Mobile Legends

Mobile Legends: Barisan pemain utama Todak dibubar

Published

on

Kesemua pemain utama Todak dilepaskan.

KUALA LUMPUR – Bekas penyandang pasukan Mobile Legends nombor tiga terbaik dunia, Todak, melepaskan kesemua pemain utama mereka dengan serta merta.

Pengurus skuad Mobile Legends Todak, Mohd Syazlan Mohd Rosdi (Ashi) berkata pembubaran kesemua pemain itu dilakukan berikutan prestasi yang tidak memuaskan.

“Todak merupakan satu pasukan yang pernah bertanding di peringkat antarabangsa dan adalah penting bagi kami untuk meneruskan momentum kejayaan.

“Namun, prestasi kami pada Liga Profesional Mobile Legends Malaysia dan Singapura (MPL MY/SG) pada musim lalu  tidak memuaskan dan kami berasa kesal terhadap apa yang telah berlaku.

“Jadi menerusi pembubaran barisan pemain ini, saya berharap perubahan positif dapat dilakukan dan sekaligus dapat memperbaiki prestasi permainan kami,” kata Ashi dalam satu kenyataan hari ini.

Sebelum ini, Todak dianggotai oleh:

  • Zikry Shamsuddin (Moon)
  • Muhammad Danial Mohamad Fuad (Ciku)
  • Muhammad Rizwan Abdullah (Eone)
  • Mohmad Aiman Idris (Xray)
  • Shahril Anuar Abdul Rasyid (Nenas)
  • Muhammad Qayum Faez Abdullah (Qayyum)

Meski telah dibubarkan, Ashi berharap sokongan dapat terus diberikan kepada pemain-pemain itu.

“Saya berharap kepada para penyokong, teruskan menyokong kami agar kami dapat bangkit semula dalam pertandingan-pertandingan di masa hadapan,” katanya.

Pada MPL MYSG yang lalu, Todak berada di kedudukan ke-enam secara keseluruhan.

Berikut adalah pencapaian Todak sebelum dibubarkan:

  • Naib Juara Grand Final ONE Esports Mobile Legends Invitational (Malaysia) 2020
  • Tempat Ketiga Kejohanan Dunia Mobile Legends (M1) 2019
  • Naib Juara Liga Profesional Mobile Legends Malaysia dan Singapura Musim Keempat 2019
  • Juara Kejohanan Mobile Legends Geek 2019
  • Juara Kejohanan SupaComic Allstar 2019
  • Tempat Ketiga Kejohanan Cyberview  2019
  • Juara Mobile Legends Diamond Challenge Season 3 2019
  • Juara Kejohanan Gempak Starz 2018
  • Juara Kejohanan Games Spark 2018
  • Naib Juara Kejohanan LEO 2.0 2018

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved