Connect with us

Mobile Legends

Peminat masih tak boleh ‘brain’ semua pemain Todak dilepaskan

Published

on

Peminat menghargai jasa bekas pemain-pemain Todak yang mengharumkan nama Malaysia dalam kejohanan dunia M1 pada tahun lalu. - Foto WTM

KUALA LUMPUR – Pengumuman pembubaran kesemua pemain utama pasukan Mobile Legends Todak pada semalam sudah tentunya mengejutkan ramai pihak, terutama dalam kalangan peminat.

Todak yang pernah menjadi penyandang tempat ketiga Kejohanan Dunia Mobile Legends (M1) 2019, melepaskan kesemua pemainnya berikutan prestasi yang tidak memuaskan terutama dalam Liga Profesional Malaysia dan Singapura (MPL MYSG) yang lalu.

Berikutan pengumuman itu, ia menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan komuniti dan peminat.

Ada yang berpendapat, selepas pengumuman itu, beberapa bekas pemain Todak seperti Zikry Shamsuddin (Moon), Muhammad Danial Mohamad Fuad (Ciku), dan Muhammad Rizwan Abdullah (Eone) perlu diberi perhatian berikutan skil yang ada pada masing-masing.

Tidak kurang juga ada yang bersedih dengan pengumuman itu walaupun mengakui prestasi Todak semakin merudum sejak MPL Musim Kelima bermula.

https://twitter.com/Annuralatiff/status/1262425131248312320?s=20

Sementara itu, terdapat beberapa pengguna Twitter yang turut berkongsikan kenangan mereka bersama pemain Todak dan menzahirkan ucapan penghargaan kepada pasukan itu yang pernah mengharumkan nama Malaysia dalam kejohanan dunia M1.

Sebelum ini, Todak dianggotai oleh:

  • Zikry Shamsuddin (Moon)
  • Muhammad Danial Mohamad Fuad (Ciku)
  • Muhammad Rizwan Abdullah (Eone)
  • Mohmad Aiman Idris (Xray)
  • Shahril Anuar Abdul Rasyid (Nenas)
  • Muhammad Qayum Faez Abdullah (Qayyum)

Pemain-pemain tersebut telah meraih beberapa pencapaian bersama Todak termasuk:

  • Naib Juara Grand Final ONE Esports Mobile Legends Invitational (Malaysia) 2020
  • Tempat Ketiga Kejohanan Dunia Mobile Legends (M1) 2019
  • Naib Juara Liga Profesional Mobile Legends Malaysia dan Singapura Musim Keempat 2019
  • Juara Kejohanan Mobile Legends Geek 2019
  • Juara Kejohanan SupaComic Allstar 2019
  • Tempat Ketiga Kejohanan Cyberview  2019
  • Juara Mobile Legends Diamond Challenge Season 3 2019
  • Juara Kejohanan Gempak Starz 2018
  • Juara Kejohanan Games Spark 2018
  • Naib Juara Kejohanan LEO 2.0 2018
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved