Connect with us

Mobile Legends

Yoodo Red Giants menang bersih 2-0 lawan RSG Filipina

Published

on

Foto: Foto: YouTube / MLBB Esports

WAKIL Malaysia di kejohanan Siri Profesional Mobile Legends ESL Snapdragon 2023, Yoodo Red Giants (YRG) berjaya mengutip kemenangan bersih 2-0 apabila bertemu dengan pasukan Filipina, RSG PH, seketika tadi.

Dalam perlawanan seketika tadi kelima-lima pemain Yoodo Red Giants tampak lebih berdisiplin dalam setiap team fight  yang berlaku.

Antara yang menjadi perhatian adalah penggunaan hero Edith daripada pemain EXP Yoodo Red Giants iaitu Gojes.

Menerusi catatan KDA 3-1-3 pada perlawanan pertama menentang RSG Filipina, Gojes, dilihat kemas mencetuskan setup untuk pasukannya melakukan serangan terutama di bahagian lord.

Pada minit ke-11 perlawanan, Gojes sabar menunggu masa yang sesuai untuk menangkap pihak musuh menerusi satu setup.

Tatkala pemain-pemain RSG, Aqua, Eman, Demonkite berkumpul di bahagian semak Orange Buff, Gojes terus membuka skill Edith iaitu Earth Shatter yang menyebabkan pihak musuh berada di awangan dan terhenti pergerakan selama 1 saat.

Yang menariknya adalah pengiraan tepat Gojes yang turut mengabungkan battle spell Flicker yang membantu pemain untuk bergerak di jarak tertentu.

Hasil daripada penggunaan skil Edith itu terus membuka ruang kepada rakan-rakan yang lain untuk melakukan serangan seterusnya sehingga menyebabkan ketiga-ketiga pemain itu terkeluar. Ia sekali gus memberi momentum kepada Yoodo Red Giants untuk terus menamatkan perlawanan dalam masa 13 minit dan 21 saat.

Selain RSG Filipina, Yoodo Red Giants turut bertemu satu lagi pasukan Filipina iaitu juara dunia ECHO pada hari ini.

Walaupun berjaya mencuri 1 mata dari ECHO, Yoodo Red Giants terpaksa akur kekalahan 1-2.

Yoodo Red Giants ketika ini sedang bermain di peringkat kumpulan A bagi kejohanan ESL Snapdragon itu.

Selain Yoodo Red Giants, satu lagi wakil Malaysia yang menyertai kejohanan itu adalah Todak Apprentice yang bermain di peringkat kumpulan B.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved