Mobile Legends
Zaed bersedia pindah keluar daripada RSG

KUALA LUMPUR – Organisasi e-sukan Singapura bagi cabang Malaysia, RSG Slate Malaysia membuat satu kejutan pada hari ini apabila meletakkan pemain Jungler, Zaed dalam bursa pemindahan pemain (Open To Transfer).
Dalam satu kenyataan hari ini, keputusan itu dilakukan selepas RSG Malaysia telah melalui pelbagai proses pemilihan sebelum bermulanya Liga Profesional Mobile Legends Malaysia Musim Ke-12 2023 akan datang.
Liga e-sukan terbesar Malaysia itu dijangka akan bermula Ogos nanti.
Zaed merupakan antara pemain Assassins di Malaysia yang terkenal dengan serangan agresif di Land of Dawn.
Debut Zaed di gelanggang kompetitif profesional dilihat memberi saingan besar sehingga dia memenangi Anugerah Pemain Baru (Rookie) terbaik pada MPL Malaysia Musim Ke-9 2022.