Connect with us

Mobile Legends

MPL : Harap slot pasukan jemputan musim kelima dikurangkan – Peminat

Published

on

Foto Facebook / Mobile Legends

KUALA LUMPUR – Kejohanan Liga Profesional Mobile Legends (MPL) Malaysia dan Singapura bakal kembali untuk musim kelima.

Meski ia dilihat satu berita yang dinanti-nantikan komuniti e-sukan itu, ada satu perkara yang diharapkan dalam kalangan peminat.

Ada di antara mereka memohon agar slot pasukan jemputan pada musim itu dikurangkan.

Peminat Mobile Legends, Amirul Amin, dia mengharapkan slot jemputan dikurangkan bagi memeriahkan musim baharu ini.

“Harap slot pasukan jemputan dikurangkan, baru seronok lihat banyak pasukan baharu. 

“Ini (tidak). Asyik pasukan yang sama sahaja,”katanya.

Anas Farhan turut senada dengan Amirul, dia mencadangkan agar hanya 3 slot jemputan ditawarkan.

“Dua dari Malaysia dan satu dari Singapura. Baru seronok mahu menonton musim baharu,”katanya.

Bagi pengguna Facebook Radzi Afifi, dia mencadangkan agar slot tersebut dikurangkan kepada dua, iaitu diberikan kepada juara dan naib juara musim lalu.

“Kita sudah cukup kuat untuk membina sebuah liga penuh tanpa perlu banyak pasukan jemputan,” kata Radzi.

Sementara itu, pengguna Facebook Yuszaimy Yusoff turut senada dengan Radzi.

Dia mencadangkan agar slot jemputan hanya perlu ditawarkan 2 sahaja bagi setiap negara.

MPL musim kelima dibawakan oleh Moonton dan dianjurkan eGG Network.

Pada musim lalu yang menawarkan hadiah wang terkumpul RM414,000 menyaksikan pasukan Singapura, EVOS Esports SG muncul sebagai juara selepas menewaskan pasukan Malaysia Todak 3-2 pada Grand Final.

Bagi musim keempat itu menyaksikan sebanyak 6 pasukan telah ditawarkan slot jemputan iaitu Geek Fam, EVOS Esports SG, Resurgence, Reborn (Axis Esports), Xpax Assassins dan Bosskurr Gaming (Shopee Bosskurr).

Sementara hanya 4 pasukan yang sahaja yang layak melepasi pusingan kelayakan iaitu Notorious Villans (NV Bosskurr), Lourve Esports, Sabah Top Players dan Todak.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved