Mobile Legends
Pembangun e-sukan Mobile Legends, Moonton cari pembantu pentadbir sambilan

KUALA LUMPUR – Pembangun e-sukan Mobile Legends: Bang Bang (Mobile Legends) kini mencari pembantu pentadbir sambilan.
“Kami mencari seseorang yang mempunyai kepelbagaian skil dengan kemahiran pengurusan, kemahiran komunikasi dan sikap yang optimis.
“Jawatan pembantu pentadbir ini perlu mengendalikan tugas-tugas pejabat, menghasilkan laporan dan minit-minit mesyuarat, mengurusakan belanjawan dan pembayaran serta membantu penulisan iklan,” kata Pengurus Pemasaran Serantau, Nelson Woon dalam satu kenyataan baru-baru ini.
Beliau juga berkata bagi mereka yang mahu memohon jawatan ini perlu fasih dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Mandarin.
Selain itu, sekiranya diterima, individu tersebut akan bekerja sebagai pembantu pentadbir sambilan dari rumah.
Bagi anda yang berminat, boleh mengisi borang di sini.