Connect with us

Mobile Legends

Ayam Jago sertai Geek Fam ID

Published

on

Foto: Geek Fam Indonesia

BEKAS pemain e-sukan Mobile Legends bagi pasukan Indonesia, Rex Regum Qeon (RRQ), Tri Widyanto (Ayam Jago) sah menyertai pasukan Geek Fam Indonesia (Geek Fam ID).

Perkara tersebut diumumkan Geek Fam ID baru-baru ini.

“Selamat datang bersama keluarga baru untuk Geek Fam ID Mobile Legends, Ayam Jago.

“Semoga prestasi yang membanggakan dapat diraih bersama,”katanya.

Sementara itu Ayam Jago yang juga dikenali sebagai Apang turut memuat naik status mengenai perkembangan terkini penyertaannya ke pasukan baharu itu.

“Pengembaraan baharu, harapan baharu dan keluarga baharu. Selamat Tahun Bahru 2020,”kata Ayam Jago.

Ayam Jago sebelum ini meraih kedudukan kedua terbaik dunia bersama RRQ dalam kejohanan antarbangsa M1 yang berlangsung di Kuala Lumpur pada November lalu.

Mereka membawa pulang hadiah wang tunai bernilai kira-kira RM166,000 (AS$40,000).

RRQ bagaimanapun mengumumkan Ayam Jago dilepaskan dari pasukan itu pada Disember 2019.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved