Connect with us

Mobile Legends

Fiera Fendi sah jadi duta pertama Team Bosskurr

Published

on

Fiera sebelum ini pernah menjadi pengacara untuk beberapa acara terbesar e-sukan di rantau ini termasuk Piala Asia Tenggara Mobile Legends:Bang Bang 2019 di Filipina dan Grand Final Kejohanan Dunia Sukan Elektronik (WESG) Peringkat Asia Tenggara 2018. - Foto Facebook / Fiera Fendi

KUALA LUMPUR – Pengacara dan hos tanah air, Fiera Fendi, kini secara rasmi dipilih untuk menjadi duta bagi organisasi e-sukan terkenal Team Bosskurr (Bosskurr).

Fiera Fendi yang sebelum ini bersama saluran e-sukan pertama di Asia Tenggara, Astro eGG Network berkata dia teruja dengan peluang yang diberikan itu.

“Saya sudah bersama Bosskurr selepas mengakhiri kontrak dengan eGG Network pada bulan sembilan yang lalu. 

“Cuma kali ini saya buat pengumuman secara rasmi pada tahun ini.

“Saya gembira dan teruja untuk menjadi duta pertama bagi Bosskurr kerana apa yang kita tahu selama ini pasukan ini memang kebanyakannya terdiri dari pemain lelaki,” katanya kepada What’s The Today.

Fiera berkata dia mengharapkan agar organisasi Bosskurr dapat berkembang dan maju dalam arena e-sukan.

“Semoga ahli-ahli Bosskurr dapat sentiasa maju hari demi hari dalam perjalanan karier e-sukan mereka, sama ada dalam kejohanan kompetitif atau penstriman langsung.”

Pada Ogos lalu, Fiera mengumumkan dia tidak lagi bersama Astro eGG Network dan memilih untuk bekerja bebas (freelance).

Fiera sebelum ini pernah menjadi pengacara untuk beberapa acara terbesar e-sukan di rantau ini termasuk Kejohanan Dunia Mobile Legends (M1), Piala Asia Tenggara Mobile Legends:Bang Bang 2019 di Filipina dan Grand Final Kejohanan Dunia Sukan Elektronik (WESG) Peringkat Asia Tenggara 2018.

Selain itu, Fiera juga pernah menjadi pengacara untuk Liga Profesional Mobile Legends: Bang Bang (MPL) Malaysia dan Singapura pada musim kedua dan ketiga.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved