Connect with us

Mobile Legends

Mobile Legends: Akhirnya, pasukan Jepun 10s Gaming Plus buka akaun Facebook

Published

on

Nama 10s Gaming Plus mula meningkat naik selepas menunjukkan corak permainan yang menakjubkan pada Kejuaraan Dunia Mobile Legends, M1, pada bulan lalu. - Foto What's The Meta

PASUKAN Mobile Legends Jepun, 10s Gaming Plus akhirnya membuka akaun media sosial Facebook untuk memenuhi permintaan peminat antarabangsa mereka.

“Ingin tahu meta (strategi) Jepun?” soal 10s Gaming Plus dalam salah satu posting mereka. 

Nama 10s Gaming Plus mula meningkat naik selepas menunjukkan corak permainan yang menakjubkan pada Kejuaraan Dunia Mobile Legends, M1, pada bulan lalu.

BACA: #M1World: “Saya mahu jadi lebih baik dari Todak” – Totaka, 10s Gaming Plus

Antara meta yang menjadi tumpuan dan ingatan peminat e-sukan Malaysia adalah penggunaan kombinasi hero Rafaela dan Baxia.

Mereka juga mencatat sejarah tersendiri apabila menjadi satu-satunya negara di luar Asia Tenggara yang layak ke Acara Utama kejohanan paling berprestij dalam arena e-sukan Mobile Legends itu.

10s Gaming Plus berjaya meraih kedudukan ranking enam terbaik dunia dalam kejohanan M1 dan membawa hadiah wang tunai kira-kira RM33,000 (AS$8,000).

Pasukan 10s Gaming Plus terdiri daripada Katayama Takayuki (Totaka)  Kubo Yoshiaki (Obuyan), Yamada Hiroki (Surei) Hisatome Ryosuke (Tomebo), Namioka Noritake (Pappa), Kozumi Nao (Kozu).

Bagi anda yang mahu mengikuti perkembangan terkini 10s Gaming Plus, boleh ke Facebook 10second Gaming+.

Selain itu, dalam Facebook itu juga mereka turut berkongsikan pautan ke akaun YouTube pemain-pemain mereka iaitu: 

Jadi, apakah meta terbaharu yang akan diperkenalkan dari pasukan Jepun ini?

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved