Connect with us

Mobile Legends

Pemain akan diambil tindakan disiplin, digantung dari sertai kejohanan- Red Esports

Published

on

RED Esports berkata mereka tidak akan mengambil ringan mengenai perkara itu dan akan mengambil tindakan sepatutnya bagi memastikan ia tidak berulang lagi.

PASUKAN profesional Mobile Legends: Bang Bang (Mobile Legends) RED Esports akan mengambil tindakan disiplin terhadap salah seorang pemainnya yang terlibat dalam satu kes viral baru-baru ini.

RED Esports berkata mereka tidak akan mengambil ringan mengenai perkara itu dan akan mengambil tindakan sepatutnya bagi memastikan ia tidak berulang lagi.

“Pemain yang terlibat akan digantung dari menyertai kejohanan bersama skuad utama kami.

“Kami juga akan memastikan pemain-pemain kami tidak mengulangi kesilapan yang sama,”kata RED Esports.

Sebelum ini satu perbualan dalam What’s App melibatkan pemain-pemain RED Esports tersebar di media sosial.

Dalam perbualan tersebut, pemain tersebut berbual mengenai prestasi pasukan Malaysia yang terdiri dari pemain-pemain Bosskurr dalam Temasya Sukan SEA 2019.

Dalam kejohanan itu, Bosskurr menyumbang pingat gangsa untuk Malaysia.

“Kami mengucapkan tahniah kepada Bosskurr kerana berjaya mendapatkan pingat bagi tanah air. Selamat maju jaya pada kejohanan yang akan datang,” kata RED Esports

Sementara itu, pemilik RED Esports, Anne Raihan turut memohon maaf mengenai kes itu yang telah menyinggung beberapa pihak terlibat.

“Saya mohon maaf bagi pihak pemain RED Esports. Masalah bermula sebagai mesej peribadi dan kemudian tersebar dari pemain kami.

“Saya mengambil tanggungjawab penuh tentang apa yang telah berlaku dan akan mengambil tindakan yang sepatutnya supaya kesalahan sama tidak berulang lagi.

“Perkara ini perlu diambil serius untuk mengelak apa-apa salah faham dan perkara negatif dalam kalangan pasukan profesional e-sukan yang mewakili Malaysia yang dilihat sebagai satu keluarga di mata saya,” kata Anne.

Menurut Anne, dia menghargai maklum balas penyokong RED Esports dan berterima kasih dengan sokongan yang diberikan untuk industri e-sukan.

“Saya mohon maaf sekali lagi dengan kesulitan yang telah berlaku dan saya mendoakan yang terbaik untuk pada masa akan datang.”

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved